“Those who witness no falsehood, and, if they pass by futility, they pass by it with honourable (avoidance).” [25:72]
Hari ini ada Larian Ukhuwwah anjuran Pusat Pendidikan Aman dan PIBG Sekolah Islam Aman. Bertempat di Binjai, kami dikerah supaya menghadirkan diri ke tempat larian sebelum jam 7 pagi.
Tapi saya bukan lah seorang yang aktif pada waktu pagi. Susah juga untuk bersiap awal-awal pagi, lebih-lebih lagi hari ini hari Sabtu.
Larian yang sebenarnya bermula pukul 8 lebih. Kami adik-beradik [saya, Mir, Harith, Hazim, Yaya] sampai dalam pukul 7.40 lebih. Biasalah.
Larian terbahagi kepada lebih kurang lima kategori:-
T: Kanak-kanak Tadika Iman yang ketinggian purata mereka adalah separuh dari ketinggian saya. Mereka amat comel!~
A: Pelajar Tahap 1 SRI Aman. Yaya dalam kategori ini.
B: Pelajar Tahap 2 SRI Aman. Hazim di sini.
C: Jejaka separa kacak dan wirawati pertiwi dari SMI Aman. Harith, Mir dan saya di sini!~
D: (1) Kaum wanita yang lain. (2) Kaum lelaki yang lain.
Along jadi petugas dekat situ. Dia, Faiz, Faris and Fahmi serta beberapa lagi yang kurang dikenali membantu urusetia menguruskan kanak-kanak lemah yang pengsan atau syahid tengah jalan.
Adik-adik tadika berlari sejauh 700m. Biasa je… Ali [Watanabe] adik Sufi dapat nombor 10. Hebat kan?
Hazim dan Yaya tak dapat nombor 10 teratas. Rahman adik Sufi dapat nombor 1.
Kategori banat SMI pula, nombor-nombor adalah seperti berikut:-
Sebenarnya, dalam tempoh seminggu sebelum larian bermula, saya dah tawarkan diri kepada muallimah untuk jadi petugas. Tapi…
"Muallimah, boleh lah… Saya volunteer ni!"
"Tak boleh. Atiqah kena lari jugak!"
"Tapi saya tak suka lari!"
"Lari je. Kalau tak nak, jalan je."
"Muallimah la…."
"Kenapa tak nak lari nye?"
"Sebab dulu pernah, saya berlari lepas tu ada muallimah marah dan suruh saya berjalan… Serik dah…"
"…"
"Kalau saya kayuh basikal boleh?"
"…"
Muallimah bagi kalau tak nak berlari, tapi kene ada masalah kesihatan. Saya dah berjanji dengan Nik-chan untuk berlatih Teknik Elak Guna BaSeD. Saya nak biar dia belasah saya sampai kaki saya patah.
Kalau kaki patah, tak perlu berlari, kan? Kan?
Tapi Nik-chan malas. Teruk betul.
Mir pemalas telah menggunakan alasan ‘lelah’. Jadi muallimah bagi dia jadi petugas je…
Maruah dan harga diri saya masih di tahap yang amat tinggi, dan saya tak berniat untuk menjatuhkannya dengan membuat alasan yang langsung tak munasabah.
Adakah saya berlari? Sudah tentu tidak~
Saya berjalan sambil menikmati pemandangan, menghirup udara pagi yang nyaman, sambil menderngar Hirano Aya menggegarkan kepala saya dengan lagu rocknya.
Malang sekali, semasa berjalan/berjoging, tapak kasut saya tercabut. Dua-dua belah. Tak selesa langsung berjalan.
Namun, saya tetap menamatkan larian dengan bergaya. Saya berjalan di sisi Mlmh Dayang ke garisan penamat. Kami melihat satu sama lain dan tersengih.
"Kita jadi juara bersama, ye, Atiqah?"
"Boleh je~" Muallimah ketawa. "Kita juara kategori E: Pasangan guru-pelajar."
Kami pulang selepas acara penyampaian hadiah. Bagus! Tak perlu berlari lagi!~
p/s: Dah lama tak tulis dalam Bahasa Melayu. Rindu la pulak. Kekok pun ada jugak.
p/s 2: Saya akan menganjurkan Kayuhan Ukhuwwah bila saya tak ada kerja nanti.
p/s 3: Juara SMI banin adalah Iskandar Muttaqin b. Annual Bakri.