May
04

Hari Terakhir Aku

Filed Under (School) by evilgenius on 04-05-2008

Minggu ini, aku antara guru bertugas mingguan. Aku tak ingat aku bertugas hari apa tapi.

Aku berada di dalam barisan pelajar. Terpaksa menyenyapkan mereka. Kanak-kanak amat bising.

Syabil tidak mahu beratur, jadi aku benarkan dia duduk di atas konkrit.

Ada persembahan nyanyian kanak-kanak sempena Bulan Math dan Sains Sosial. Aku kelucuan, mereka menyanyi lagu ikan gigit jari kecil dan 10 Little Indians.

Syabil menyanyikan sambil berjoget depan aku lagu ikan gigit jari kecil dan Twinkle Twinkle Little Star.

Abang-abang ketawa.

Aku tegur mereka.

Aku ajar Syabil nyanyi lagu 10 Little Indians.

Abang-abang ketawa.

Aku jeling mereka.

Ikbal asyik bercakap dengan aku.

Raimi pula asyik memandang aku dari jauh. Bila aku berpaling, dia sengih.

Dia suka dekat aku rasanya.

Mesti pembaca ketawa terburai perut.

Perhimpunan tamat. Aku marahkan Naim sebab tak berperangai macam pengawas.

Lain kali, aku gigit kepala dia.

Dia berjalan ke arah aku. Menghulurkan bakul menyimpan piala kebersihan.

Simpankan, ujarnya tersenyum.

Sendiri la, balasku tersenyum.

Apa la teacher, dia ketawa dan berjalan ke pejabat.

Aku tertawa. Dan berhenti. Oh tidak.

Aku kejar dia.

Raimi, tunggu dulu. Aku mendekati dia yang baru tiba di muka pintu.

Dia memandang penuh tanda tanya.

Biar teacher simpankan. Lantai pejabat basah, nanti stokin Raimi basah.

Kenapa basah?

Air hujan masuk.

Dan aku pun masuk. Stokin aku sudah pun basah sebab masuk pejabat pagi tadi.

Aku memang baik.

Aku naik ke bilik guru. Menuju ke tempat aku.

Ada orang lain duduk.

Hmm?

Oh, Atiqah. Ni guru baru yang ganti Atiqah.

Eh?

Dan begitulah aku mengetahui bahawa hari ini adalah hari terakhir aku.

Aku nak mengajar lagi! Satu kelas pun jadilah!

line

line

Waktu kelas.

Seperti biasa, mereka banyak cakap. Aku kejar Ikbal dengan marker merah sebab banyak mulut sangat.

Dia ketawa dan menyorokkan muka dia belakang Raja.

Si dia memanggil aku.

Teacher, betul la kita buat huruf besar.

Huruf kecil patutnya di situ.

Besar.

Kecil.

Buku teks tulis besar.

Buku teks tulis kecil.

Besar la, teacher.

Kalau buku tulis kecil, Raimi belanja teacher dekat kantin.

Okay.

Aku buka buku. Buku tulis kecil.

Kan kecil tu. Belanja teacher lepas ni.

Dia ketawa.

Aku menggeleng kepala. Tersenyum. Aku kembali mengejar Ikbal yang bising itu.

Hussain datang dengan not biru. Teacher, Raimi bagi.

Singgit je? Aku ketawa. Aku mengambilnya dan meletakkannya di atas mejanya.

Aku lalu di hadapan mejanya. Hussain menghulurkan tiga not biru. Teacher, Raimi bagi.

Aku ketawa. Teacher suruh belanja, bukannya bagi duit.

Dia tersengih dan terus menulis.

line

line

Waktu rehat.

Aku mengambil segelas air dan sebelah sandwich. Aku memotong barisan pelajar [aku guru, bukan pelajar] dan terus berdiri di sebelah pak cik kaunter.

Dia sedang membayar. Aku sengih padanya.

Belanja teacher.

Okay.

Gurau je. Aku membayar seringgit kepada pak cik bermisai itu.

Tadi kita nak belanja, teacher tak nak. Bila kita tak belanja, teacher nak.

Muncung.

Aku ketawa. Dia merepek macam orang tua. Lawak.

Baru sahaja aku nak duduk, Muallimah Faeizon minta aku tolong buka koperasi.

Aku pelajar yang baik. Dengar cakap guru.

Pelajar sudah pun beratur untuk membeli. Selepas membuka, aku membantu menjaga kaunter banin.

Aku nampak dia tengok aku dari jauh. Bila aku pandang, dia sengih.

Ikbal datang. Raimi kata teacher tak pandai jual.

Aku ketawa. Raimi selalu suruh orang bagitahu ke teacher kalau dia kutuk teacher.

Ramai budak datang, tetapi Ikbal terus berdiri di depan aku.

Mengacau sungguh. Mulut banyak. Tak kering gusi aku dibuatnya.

Raimi datang.

Dia mengacau.

Kami berbual kosong. Dia tidak membeli langsung.

Teacher, berapa harga ais?

Mana ada orang jual ais, dik oi!

Muallimah Rohaiza penjaga kaunter banat nampak kami bertiga ketawa. Nasib baik Atiqah tolong muallimah hari ni.

Biasa je.

Ya, nasib baik ada Atiqah, ujarnya.

Aku melihatnya. Dia tersenyum kecil. Aku menggeleng kelucuan.

Mereka terus mengacau. Merepek bukan-bukan.

Kita tahu teacher buat apa dekat sini, dia kata.

Apa dia? Aku sibuk melayan pelanggan.

Teacher ngorat Ikbal.

Ikbal protes keanakan. Aku dan dia ketawa.

Teacher dah ada orang lain, tak perlu ngorat Ikbal.

Raimi, kan? Ikbal sengih pada budak bertuah itu.

Ha’ah.

Dia ketawa sementara Raimi menyorokkan mukanya.

Tipu sahaja budak itu malu. Dia sendiri ketawa.

Budak-budak ni, perlu ke membincangkan soal peribadi aku depan khalayak ramai? Pelajar-pelajar lain memandang kami ibarat tumbuh dua kepala di leher Ikbal.

Seumur hidup aku mengajar, tak pernah aku nampak pengawas dua orang tu datang koperasi.

line

line

Waktu balik.

Aku sibuk menyusun kertas ujian. Penuh teliti. Penuh kasih.

Aku harap mereka dapat jawab dengan terbaik esok.

3.15 petang, aku berlari keluar pejabat. Adik-adik aku marah sebab mereka terpaksa balik lambat.

Aku tersengih.

line

line

Hari ni hari last.

Aku rasa sedih. Sedikit. Tidak mengapa. Akan bertemu lagi, insyaAllah.

Nanti aku hantar kad raya.

Dan kad hari jadi.

p/s:

Boleh lagi ke aku nak ikut tamrin mereka? Aku nak ikut.

Updated 060508: Tak boleh rasanya.

Ikbal pergi. Raimi tak boleh pergi sebab dia nak hantar kakak dia masuk universiti.

Kakak dapat U apa, Raimi?

Entah. Kita tak tahu.

Course apa?

Tak tahu jugak.

Apa la budak ni.

Dia ketawa. Aku ketawa walaupun terasa nak sekeh kepala dia.

UM rasanya, sebab tarikh pendaftaran untuk budak baru UM 25 Mei.



2 Comments Already, Leave Yours Too

ahMaR huMaiRa on 17 May, 2008 at 6:19 am #
    

tentu sedih cam nak meng… :) tentibe dah ade orang ganti. huhuh.
tapi k.tiqah memang gini *thumbs up* :) good luck!


eViL gEniUs on 6 June, 2008 at 8:09 am #
    

wahaha, sememangnya junior yang bagus! thank you for the uplifting comment.


Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: