“Those who witness no falsehood, and, if they pass by futility, they pass by it with honourable (avoidance).” [25:72]
Mari berbicara soal kasut.
Kasut adalah sejenis inedible kuih yang melindungi kaki kita. Ianya biasanya bertapak; tebal mahupun nipis. Setiap kasut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sebagai contoh, anda tidak akan membawa kasut raya untuk pergi membeli ikan di pasar, kan?
Anda akan? Anda pernah pergi pasar ke? Tahu tak betapa becaknya tempat jual ikan? Dengan bau ikan yang melekat tu?
Ikut suka hati anda la.
Budak perempuan suka membeli kasut. Kawan-kawan aku di INTEC rata-rata sering menghabiskan wang JPA mereka dengan membeli kasut samada di Jukebox, Mix Sassion mahupun kedai Bata biasa.
Biasanya perempuan akan mempunyai satu kasut kulit hitam bertutup yang digunakan dalam acara formal, sekurang-kurangnya dua pasang kasut melaram (yang bereben-reben tu) dan satu kasut sukan. Tidak ketinggalan juga selipar bagi membeli ikan di pasar.
Seperti standardnya, aku juga ada kasut kulit hitam bertutup untuk kegunaan acara formal walaupun secara hakikinya, ia sepasang kasut yang melecehkan.
Secara peribadi, aku lebih gemarkan kasut yang boleh dibawa berlari.
Aku ada satu sneakers yang aku beli sebab aku sukakan corak camouflage tetapi ketika membelinya, aku tak perasan terlukis tengkorak dan tertulis Pirate Queen disisinya. Nampak ganas… fuyyo. Mak aku tak perasan, so aku terselamat.
Aku ada sandal yang Papa beli sebagai kasut raya tahun lepas. Sandal itu amat amat besar tetapi aku beli sebab aku suka corak camouflage, hahaha. Papa tak kesah aku beli apa, janji aku pakai tapi bila balik je rumah, aku dimarahi Mama sebab cari sandal lelaki. Memang betul pun, sandal tu tak matching ngan baju raya tahun lepas. Hoho.
Itu sahaja tiga kasut yang aku ada.
Sampai sahaja di INTEC, perkara lain yang jadi.
Aku beli kasut sukan, sebab aku tak sanggup nak kotorkan kasut Pirate aku. Sebab tapaknya putih, setiap minggu aku akan sental supaya ianya kekal putih. Heck, I even wash it after every two usages. Ianya amat memenatkan.
Kasut sukan aku itu sama dengan kasut Rahmah. Malangnya, kasut sukan itu berwarna putih dan biru. Demi mengekalkan keserian putihnya, setiap malam aku sental kasut tu.
Amat penat. Aku nyaris je campak kasut tu dalam mesin basuh Cemara, tapi housemate aku larang. Aku tak faham mereka.
Untuk ke BTN pula, kasut hitam diperlukan. Aku tak nak pakai kasut hitam kulit aku (after all was said and done, aku still sayang kasut tu…) maka aku gagahkan diri membeli kasut hitam baru. Maka aku tetapkan hati mencari kasut yang sejibik macam kasut hitam ber-line merah Nuha.
Dan aku jumpa. Penat Hamizah dan Nadhirah temankan aku.
Ketika mencari kasut hitam Nuha itu, kami bertemu dengan kasut-kasut getah yang bertanah putih dan bercorak abstrak biru dan merah yang berlainan bagi setiap belah kasut. Amat cantik.
Ira try satu. Aku try satu lagi. Amat seronok, maka kami berpakat untuk membelinya.
Hamizah tak nak beli, dia kata kasut tu buruk. Dengan kejinya kami paksa dia beli juga.
Maka hari itu sahaja, aku membeli dua pasang kasut. Dan dengan rasminya, kasut getah itu menjadi kasut rasmi Atiqah, Hamizah dan Nadhirah.
Sepatutnya belikan ke Ustazah Fatahiyah, Nuha dan Khadijah sekali. Apa la…
Kelmarin, aku merenung kembali kasut getah aku itu. Aku baru perasan, ia bercorak flame. Hoho. Macam tongkat House yang kedua. Ianya bercorak flame juga.
Aku juga perasan, ia bertanah putih. Tidak dapat dinafikan, aku suke beli kasut bertanah putih.
…
Kenapa?!! Ikut sedap hati je beli warna putih! Cepat kotor, tau! Ingat senang ke nak sental?!
Sudahlah.
Setakat ni dah tiga kasut beli sepanjang belajar di INTEC.
Tak, empat. Aku ada cerita ke pasal pembelian kasut aku yang keempat? Jap, aku scroll up sekejap.
Tak, aku belum. Ceritanya begini…
Suatu hari, aku dan Khadijah ke Ole-Ole untuk survey tempat buat button badge. Waktu itu musim hujan dan aku tak pakai baju sejuk. Amat sejuk sekali cuaca.
Apa aku merapu ni?
Kami tak jumpa kedai print button badge di Ole-Ole. Luar sudah hujan, maka kami melepak di ground floor dulu.
Aku bosan.
Ternampak kedai kasut. Ternampak deretan kasut tumit tinggi. Aku teringatkan Tsunade. Kenal kan, si Godaime tua kerepot itu? Yang bagi rantai pusaka dia kepada Naruto?
Nenek itu mampu berlari dalam kasut tumit tinggi. Maka aku yang bersifat curious bila bosan ini ingin mencuba perkara sedemikian.
Masuk ke kedai itu. Minta dengan akak salesgirl itu kasut tumit tinggi yang bertapak penuh, bukan kasut killer yang bertumit runcing.
Akak tu bagi ke aku. Aku try pakai. Khadijah menggeleng kepala sambil berzikir, “Ya Rabbi…” Dia selalu berzikir ketika ada dengan aku.
Aku berjalan elok-elok. Kemudian, berjalan laju-laju pula. Kemudian, aku tingkatkan kelajuan.
Akak tu tengok aku semacam.
“Akak, boleh ke berlari pakai kasut ni?”
“Dik, mana ada orang lari dengan kasut tumit tinggi.”
Aku baru je nak berhujah pasal Tsunade, tapi aku tengok muka akak tu pun, aku dah jamin yang dia tak pernah tengok citer Naruto.
“Kasut ni high maintainence ke?”
Akak tu gelak.
“Maksud saya, nak kene sental every week ke? Cepat kotor? Saya tak larat asyik nak sental kasut je.” Warna kasut ni koko.
“Tak la, dik. Kasut ni dari kain baldu. Adik just berus sikit-sikit je.”
“Oh.” Kain baldu tak yah sental ye? Mana la aku tahu bab-bab kain ni.
Aku call Mama. “Ma, boleh ke Ika beli kasut raya sekarang? Nanti Ika claim duit ngan Mama.”
“Boleh.”
“Kasut ni lain sikit tau, dari tahun-tahun lepas.”
“Lain?” Mak aku berbunyi cuak. “Macam mana lainnya tu?”
“Adelah. Nanti raya baru Ika tunjuk.”
Mak aku ketawa. Khadijah ketawa. Akak salesgirl tu pun ketawa.
“Okay lah, akak. Saya beli.”
Dan terbelilah kasut aku yang keempat. Kasut baldu koko yang bertumit tinggi. Balik je bilik, ianya dikerumuni housemates dan jiran aku. Fatima menggeleng kepala, “Atiqah, tingginya kasut ko. Dua inci setengah ni.”
“Oh ye?”
Bapak tinggi… Sepatutnya aku beli yang seinci or seinci setengah je, considering this is my first heels. Mesti cuak gile mak aku time raya nanti.
Tak kesahlah. Dah beli.
Esoknya aku pakai ke kolej. Budak-budak perempuan macam bangga je tengok aku.
“Akhirnya Atiqah beli kasut perempuan jugak…”
Pujian ke ape ni, kak?
Sepanjang hari aku berjalan dari pagar depan sampai lah ke Blok W, berlari ke tandas, berjalan atas tar, panjat tangga… Dan aku tak tergeliat pun.
Mantap r tu… kasut ni lulus ujian ketahanan Atiqah.
Balik ke rumah hari tu, belakang ankle kiri aku lebam.
p/s: Mak aku tak tahu lagi pasal ciri-ciri kasut raya aku. Jangan bagitau dia lagi, tau.